إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ , Al-Fatihah Maikel. Semalam dapat berita, arwahnya kritikal, hari ni dah pergi menghadap sang Pencipta.
Terkesima sebentar. Dah lama maklum arwah memang sakit, tapi dah discharge dari hospital dari tahun lepas. Kanser otak, tahap empat. Prognosis tak baik, lagipun dah tahap terakhir.
Kesihatannya pun turun naik, tapi semangatnya kental. Allah lebih menyayanginya, dan Maikel telah dijemput Illahi sekitar jam 2 petang tadi. Difahamkan jenazahnya selamat dikebumikan di Semenyih.
Terfikir jua, bila-bila masa nafas boleh berhenti. Usia bukan penentunya, arwah muda sangat-sangat. Luluhnya hati bila yang pergi tu muda daripada kita. Hilang kekebalan, dan keangkuhan bahawa masa ni adalah pemutus ajal maut.
Sampai masanya kita pula dijemput, cukupkah bekalan untuk akhirat?
Al Fatihah Maikel, moga-moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman hendaknya. Amiin.
[…] Abu leaving us so soon after Haiqal hit his son (Awe) real bad, as he was close to arwah Haiqal, and I learnt Awe did manage to visit […]